Pilihan Raya Umum 2004 Barisan Alternatif

Dalam pilihan raya 2004, semua calon PRM bersetuju untuk bertanding dengan tiket PKN, kerana kedua-dua buah parti ini ketika itu sedang dalam perundingan untuk bergabung. DAP yang telah keluar daripada BA pun bersaing dengan PAS atau PKN di beberapa buah kawasan, selain daripada bersaing dengan BN. Akhirnya, Abdullah Ahmad Badawi yang baru menjadi Perdana Menteri Malaysia dan terkenal dengan Islam Hadhari berjaya merampas semula Terengganu dan BN mencapai kemenangan besar di tempat lain. PAS memenangi 7 kerusi Parlimen manakala PKN hanya memenangi 1 kerusi (Wan Azizah Wan Ismail), jumlahnya 8 kerusi. Ini masih kurang daripada DAP yang memenangi 12 kerusi.